♥Assalammualaikum ♥My Name is Nurul Fatehah Bt. Hasdriyzam ♥Just want to share with you about my life.
|✿ selamat datang ✿|

Sabtu, 8 Oktober 2016

Entri Bebas: Amalan Gaya Hidup Sihat


 Amalan Gaya Hidup Sihat

Setiap individu yang dilahirkan di dunia ini mengimpikan kebahagiaan di dalam sesebuah kehidupan. Nikmat sesebuah kehidupan juga adalah melalui kesihatan yang baik untuk mencapai kebahagiaan. Namun, masih ramai di antara kita yang masih enggan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup sihat dapat mencegah kita daripada diserang penyakit kronik yang menjadi pembunuh utama manusia. Jadi, antara amalan yang boleh dilakukan adalah seperti bersenam, pemakanan sihat, dan melakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala.

Bersenam dapat membantu kita mengeluarkan peluh yang merupakan toksin di dalam badan. Tanpa senaman, badan kita tidak akan mengeluarkan toksin tersebut. Pelbagai cara untuk bersenam antaranya berjoging, berbasikal, berjalan kaki dan banyak lagi. Selain mengeluarkan peluh, dengan bersenam dapat menghilangkan stress yang melanda seseorang. Justeru,lakukanlah jadual senaman bagi memastikan hidup cergas dan sihat.

Di samping itu, amalan pemakanan yang sihat juga dapat mencegah seseorang daripada menghidap penyakit yang merbahaya. Seseorang itu hendaklah mengikuti jadual piramid makanan yang  dikempenkan oleh kerajaan sudah sekian lama. Kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula, garam, lemak yang tinggi kerana boleh mengakibatkan penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok. Kita juga hendaklah memastikan kuantiti air kosong yang diambil adalah cukup dua hingga tiga liter sehari. Jadi, makanan yang baik dapat menjamin kesihatan yang baik.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang berkala merupakan langkah yang penting bagi memastikan kesihatan terjamin. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan. Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan, kita dapat mengetahui tahap kesihatan sebenar tubuh badan kita dan mengambil langkah berjaga-jaga di dalam kehidupan seharian. Oleh itu, adalah disarankan setiap individu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

Natijahnya, sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa amalan-amalan ini dapat mengurangkan risiko seseorang daripada menghidap penyakit kronik. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jadi penerapan amalan seperti ini haruslah diterapkan supaya masyarakat sedar akan kepentingan gaya hidup sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan